SEJARAH SK (P) BUKIT KUDA
SK(P) Bukit Kuda terletak di kawasan Bukit Raja Hassan dan lebih kurang hanya 2 km dari Bandar Di Raja Klang. Tapak kawasan sekolah adalah dibeli oleh pihak kerajaan bagi pembinaannya yang siap pada tahun 1966. Nama Jalan Landasan diperolehi berikutan terdapat sebatang landasan keretapi yang berfungsi sebagai rel membawa kuda-kuda peliharaan kerabat di Raja Selangor di kawasan ini iaitu Bukit Kuda.
Sekolah ini mula beroperasi pada tarikh 1 1. 1966 dengan menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan (P) Methodist sementara Pendidikan Khas menumpang di SK Bukit Kuda. Pada bulan Ogos 1967 dengan rasminya SK (P) Bukit Kuda mula beroperasi sehingga kini.
SK (P) Bukit Kuda hanya menerima murid-murid perempuan bagi Aliran Perdana namun jantina lelaki ditawarkan bagi Program Pendidikan Khas Integrasi dan Pra sekolah. Sekolah ini merupakan sekolah satu sesi (pagi) namun aktiviti berkaitan bidang ko-kurikulum turut dijalankan pada waktu petang.
Sekolah ini berada pada gred A dan dalam kawasan kategori Bandar. Terdapat 6 blok iaitu sebuah blok khas bagi 2 kelas pra sekolah, Pendidikan Khas, dan 2 blok bagi aliran perdana, sebuah kantin serta sebuah makmal komputer.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini turut sama berganding bahu merancang dan melasanakan pelbagai program dan aktiviti bagi meningkatkan kejayaan murid-murid khasnya di bidang akademik dan kokurikulm serta sahsiah anak-anak.
Pentadbiran sekolah ini diketuai oleh seorang Guru Besar dengan 4 orang Guru Penolong Kanan , 37 orang guru akademik serta 9 orang staf sokongan. Berikut adalah senarai staf pada tahun 2012 :